ASSALAMMUALAIKUM W.R.T Sudah lebih dua minggu kita berada di tahun baru dan semestinya tahun-tahun yang lepas telah membawa seribu kenangan terindah yang pastinya terpahat di minda masing-masing. Tidak terlewat untuk saya mengucap Selamat Tahun Baru untuk anda semua. Alhamdullillah, walaupun apa yang diimpikan pada tahun lepas kebanyakannya tidak tercapai, Insya-Allah, impian dan hajat tersebut akan dilaksana pada tahun ini. Begitu juga dengan blog peribadi ini, hampir setengah tahun tidak pernah dikemaskini lantaran kehidupan yang sentiasa sibuk dengan tugasan dan amanah yang diberikan. Walaupun begitu, kehadiran laman komuniti seperti FACEBOOK, FRIENDSTER dan sebagainya, sedikit sebanyak membantu dalam memberi ruang untuk saya terus berhubung dengan rakan taulan. Itulah kemudahan yang kita ada pada hari ini dan dalam masa yang sama juga, kemudahan itu juga disalah gunakan. Tidak salah jika isu-isu itu dibangkit dalam laman berkenaan, tetapi kebanyakan isu-isu tersebut ditokok tambah oleh orang yang tidak bertanggung jawab sehingga memberi impak yang tidak baik kepada masyarakat. Dan kerana masalah ini, saya ingin membina semula blog ini, bagi membantu masyarakat dalam memberi pendapat serta pandangan mereka pada isu-isu semasa, tidak kira tempatan ataupun luar negara. Bukan isu-isu tersebut sahaja akan disajikan dalam blog ini, saya juga akan menyelitkan beberapa informasi teknologi, hiburan, kehidupan seharian dan fakta-fakta menarik untuk dikongsikan bersama. Oleh itu, dengan rendah diri dan sebagai hamba-Nya, saya ingin mengajak anda untuk melayari blog ini sebagai pengisian ilmu dengan harapan dapat membuka minda kita untuk berfikir tentang apa yang berlaku dalam kehidupan seharian dan seterusnya menjadikan ia sebagai inspirasi dan panduan dalam hidup. Apa guna akal fikiran dikurniakan tuhan andai tidak digunakan sebaiknya? Tinggalkan sebarang komen, teguran anda sebagainya bagi memperbaiki mutu blog ini di masa mendatang.. Sekian. Selamat melayari...
Kerinduan
6 days ago

0 comments:
Post a Comment