Kesimpulannya...

Merujuk post bertarikh 14 Jun 2009 - help me to figure it out. saya nak buat beberapa penjelasan untuk post tersebut sebagai pendapat peribadi saya. Hidup kita di dunia ini bukanlah hendak mengecapi kesempurnaan. Kita semua pasti melakukan kesilapan tidak kira, membuat silap kepada ibubapa, cikgu, kawan dan juga pada diri sendiri. Walaupun begitu, sebesar manapun silap atau kesalahan kita lakukan, hendaklah diperbetulkan dan jangan cuba lari daripadanya. Kadang kala kita takut untuk mengakui kesilapan itu, kita bimbang apa yang akan dijelaskan mungkin membawa lebih banyak keburukan daripada kebaikan, dan mungkin juga merubah tanggapan orang kepada kita. Itulah saya lalui ketika hendak memperbetulkan kesilapan saya kepada seseorang. Walaupun kini semua telah selesai, kawan yang saya anggap adik itu telah memaafkan diri ini, igauan kesilapan itu masih jelas dan sentiasa bermain diingatan. Hampir satu tahun, melalui hidup dalam penipuan, dan kerana tidak sanggup lagi melaluinya, (hendak kata terpaksa, boleh kata terpaksa demi hidup) dengan bantuan sahabat online (sampai hari ni tak pernah bersua) saya perjelaskan kedudukan dan cerita sebenar. Walaupun lega, hati masih lagi resah, kerana empunya badan belum memberi apa2 penjelasan. Dan sehinggalah hari raya pada tahun lepas, saya rasa seperti dilahirkan semula, bebas, dan macam-macam perasaan setelah mendapat satu mesej dari Facebook. Saya hanya mampu bersyukur kepada tuhan dan amat berterima kasih kepada kawan saya tersebut. Sebenarnya kita telah banyak diberi peluang untuk memperbetulkan kesilapan tapi tidak pernah menggunakan peluang itu sebaiknya. Begitu juga dengan kesilapan yang telah kita lakukan, tidak pernah diambil iktibar atau pengajaran daripadanya. Kesimpulannya : saya telah memilih pilihan B, dan hasilnya: saya masih berkawan dengannya (walaupun masih rasa bersalah) dan sekali lagi saya memohon maaf.

KRIS ALLEN - LIFE LIKE WE'RE DYING

Sometimes we fall down and can’t get back up
We’re hiding behind skin that’s too tough
How come we don’t say I love you enough
Till it’s too late, it’s not too late

Our hearts are hungry for a food that won’t come
We could make a feast from these crumbs
And we’re all staring down the barrel of a gun
So if your life flashed before you, what would you wish you would’ve done

Yeah, gotta start
Looking at the hand of the time we’ve been given here
This is all we got and we gotta start thinkin’ it
Every second counts on a clock that’s tickin’
Gotta live like we’re dying
We only got 86 400 seconds in a day
To turn it all around or throw it all away
We gotta tell ‘em that we love ‘em while we got the chance to say,
Gotta live like we’re dying

And if you plane fell out of the skies
Who would you call with your last goodbyes
Should be so careful who we live out of our lives
So when we long for absolution, there’ll be no one on the line

You never know a good thing until it’s gone
you never see a crash until its head on
All these people right when we’re dead wrong,
You never know a good thing till it’s gone

0 comments: